Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Skuad negara memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan masa baharu 3:41:65 saat dalam acara renang berganti-ganti, kategori sembilan hingga 26 tahun, 400 meter gaya bebas lelaki semasa Kejohanan Renang Brunei ke-8 yang berlangsung di Pusat Akuatik Negara, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas kelmarin.
Atlet baharu Christian Nikles, Zeke Chan, Joel Ling dan Nur Haziq Samil digabungkan untuk mengalahkan catatan masa sebelumnya iaitu 3:44:80 saat. Pasukan renang negara meningkatkan prospek pemilihan mereka menjelang pertandingan serantau pada masa hadapan. Kejohanan Renang Brunei menandakan permulaan salah satu acara renang domestik utama tahun ini.
Perenang negara, Hayley Wong yang sudah pun beraksi dalam kejohanan dunia, mencecah dua rekod kebangsaan baharu dalam acara 50 meter dan 100 meter renang kuak rama-rama.
Hayley, yang bertanding di bawah Kelab Renang Speed Brunei, mencipta rekod kebangsaan baharu dengan catatan masa 29.63 saat dalam acara 50 meter gaya bebas perempuan 14 hingga 15 tahun dan 1:06.12 saat dalam acara 100 meter gaya bebas.
Pertandingan itu juga menyaksikan persaingan sihat antara Hayley dan bakat baru, Sharmeen Mohammad Mharvin, yang secara kebetulan juga merupakan rakan sepasukannya, meningkat dalam acara 50 meter kuak dada perempuan 14 hingga 15 Tahun.
Hayley akhirnya memenangi pertarungan itu tetapi Sharmeen dijangka akan memulakan perjalanan sukan renangnya dengan cemerlang terutamanya dalam kejohanan serantau dan antarabangsa kerana Sharmeen telah menambah pingat emas dalam acara 50 meter kuak lentang perempuan 14 hingga 15 tahun dan acara 50 meter gaya bebas.
Seramai 229 perenang termasuk 130 lelaki dan 99 wanita membabitkan 11 pasukan mendaftar untuk acara itu.
Pertandingan selama sehari itu dianjurkan oleh Persatuan Renang Brunei Darussalam (BDSA) yang diberikan nama baharu dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/02/P23-4A-web_06022023.jpg)