Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Skuter Dinda untuk peminat retro

    Hampir sedekad mewarnai persada seni, Kugiran Masdo dari Indonesia, boleh berbangga dengan pencapaian mereka apabila muncul kumpulan tempatan pertama dilamar bekerjasama dengan jenama automotif popular.

    Kumpulan yang ditubuhkan pada 2015 itu tidak menyangka minat terhadap muzik membawa rezeki apabila jenama automotif popular dari United Kingdom (UK), Royal Alloy memilih mengeluarkan skuter edisi khas bersama Kugiran Masdo.

    Menyifatkan lamaran itu umpama bulan jatuh ke riba, pelawaan yang datang beberapa bulan lalu pasti tidak dilepaskan tiga ahli band berkenaan iaitu Putuceri, Ali Sariah dan Asmawi.

    “Kami tidak sangka ada jenama automotif menunjukkan minat berkolaborasi bersama Masdo kerana muzik retro yang kami bawa kena dengan ciri motosikal keluaran mereka yang bergaya klasik, tetapi berteknologi moden sama seperti Masdo.

    “Tetapi sebelum terima tawaran, kami kaji apakah Masdo boleh bawa jenama itu dan adakah ciri motosikal mereka kena dengan identiti Masdo?

    “Bagaimanapun, kami diberi peluang memberi pendapat dari segi rekaan dan warna untuk skuter edisi Dinda yang buat permulaan hanya dikeluarkan 50 unit,” kata Putuceri. – Agensi

    Kugiran Masdo tidak sabar untuk menjelajah Jepun, bulan depan disusuli UK, Februari tahun depan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...