Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    SM YSHHB hulur sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Seramai 18 orang anak yatim Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) telah menerima sumbangan derma melalui Projek Kongsi Rezeki anjuran sekolah berkenaan, hari ini.

    Turut menerima sumbangan berupa barangan makanan asasi ialah 16 buah keluarga yang terdiri daripada lapan buah keluarga dari Sekolah Menengah Awang Semaun dan juga lapan buah keluarga dari Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Serasa.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Pegawai Eksekutif SM YSHHB, Mohamed Fliti Abdel Majed.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh pengetua sekolah berkenaan, Chong Li Chen.

    Menurut beliau, Projek Kongsi Rezeki merupakan satu inisiatif dan projek tahunan pada setiap bulan Ramadan anjuran sekolah berkenaan semenjak tahun 2012.

    Projek berkenaan bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan bagi menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan juga sebagai persiapan mereka untuk Hari Raya yang menjelang tiba.

    Selain itu, projek berkenaan juga bertujuan untuk menyemai amalan berkongsi rezeki dan menderma dalam kalangan pelajar, sekali gus memberi pendedahan kepada pelajar untuk sama-sama membantu mereka yang kurang bernasib baik.

    Tahun ini, pihak sekolah telah menerima sumbangan daripada para ibu bapa dan penjaga serta pelajar yang berupa makanan asasi seperti beras, gula, makanan tin dan sebagainya.

    Ketua Pegawai Eksekutif SM YSHHB menyampaikan sumbangan kewangan kepada anak-anak Yatim.

    Antara pelajar SM YSHHB yang turut membantu memberikan sumbangan berupa makanan asasi.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda