Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    SMALHB alu-alukan 372 pelajar baharu

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Sesi pengajian di peringkat Pra U1 di Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) bagi sesi akademik 2024/2025 bermula hari ini dengan sesi pendaftaran seramai 372 pelajar baharu yang terdiri daripada 182 orang lelaki dan 190 orang perempuan.

    Majlis pendaftaran diisikan dengan acara keagamaan yang berlangsung di Surau At-Taqwa.

    Majlis juga mendengarkan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengetua SMALHB, Hajah Azizah binti Haji Mohammad dan diteruskan dengan sesi suai kenal serta taklimat oleh pihak sekolah.

    SMALHB merupakan satu-satunya institusi pra universiti Arab sebelum pelajar-pelajar melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu ke peringkat universiti.

    Daripada jumlah pelajar baharu tersebut, seramai 177 orang mengikuti jurusan Syariah, 120 orang dalam jurusan Usuluddin, 31 orang dalam jurusan Lughah manakala itu, seramai 44 orang penuntut mengikuti jurusan Umum.

    Menurut Yang Di-Pertua Majlis Pelajar SMALHB 2023/2024, Awang Muhammad Qahir bin Haji Rosley, pelajar Pra U2 jurusan Usuluddin, selain pembelajaran formal dalam kelas, mereka juga berpeluang melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kokurikulum, di samping menjalin hubungan silaturahim sesama rakan seperjuangan.

    Sementara itu, salah seorang pelajar Pra U1 jurusan Umum 2, Dayangku Nurul Fadhlina Natasya binti Pengiran Haji Shahril Azman menyatakan rasa kegembiraan diterima masuk ke SMALHB.

    “Alhamdulillah, setentunya saya berasa sangat gembira memasuki sekolah yang berprestij ini dan diterima masuk ke jurusan Umum 2 merupakan salah satu impian terbesar saya,” jelasnya.

    Pelajar Pra U1 jurusan Syariah, Awang Ahmad Sa’ed bin Haji Muhammad Bahrin turut melahirkan harapannya.

    “Tujuan utama saya adalah untuk belajar ilmu syariah secara mendalam dan berharap suatu hari nanti saya akan mendapat biasiswa untuk menyambung belajar di Mesir,” ujarnya.

    ATAS & BAWAH : Antara pelajar baharu yang menghadiri sesi pendaftaran, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Isnin, 24 November 2025

    Berita Berkaitan

    34 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Pencapaian 54 pelajar sekolah Arab dalam STEAM dirai

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV - Seramai...

    76 tamat kursus kendalian kertas siasatan, proses pendakwaan

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV - Seramai...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...