Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMPDSM Mentiri anjur Program Memperkasa Kejayaan Anakku

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Ke arah mempertingkatkan prestasi dan mempersiapkan pelajar sebelum Peperiksaan BC GCE Peringkat O, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja (SMPDSM), Mentiri, telah mengadakan Program Memperkasa Kejayaan Anakku di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Program anjuran bersama ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah itu adalah khusus bagi para pelajar Tahun 11 SMPDSM Tier 2 yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara sekolah, ibu bapa dan juga pelajar.

    Antara pengisian program adalah perkongsian tip untuk mencapai kejayaan anak-anak yang disampaikan oleh Haji Zulkifli bin Haji Gadong; Pengiran Haji Marzuki bin Pengiran Haji Abdul Rahman; dan Awang Mohd Nazrul Ardhi bin Abdullah Burut.

    Di samping itu, aktiviti perbincangan menggunakan Fish Bone dan pembentangan turut diadakan.

    Sementara itu, pihak sekolah turut mengadakan solat Sunat Hajat, acara izin restu bersama ibu bapa dan guru-guru Tahun 11 serta ceramah motivasi.

    Sepanjang program dilaksanakan, ibu bapa dan pelajar memberikan respons yang baik terhadap program yang dianjurkan oleh AJK PIBG dan berharap akan diteruskan pada masa akan datang.

    Antara pelajar Tahun 11 yang menyertai program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SMPDSM MENTIRI
    Aantara yang hadir semasa Program Kejayaan Anakku. – GAMBAR SERAHAN SMPDSM MENTIRI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda