Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sokongan padu kaum wanita Afghanistan

    KABUL – Shiba Rahimi yang mengenakan hijab berwarna merah jambu duduk di bahagian depan dan bersorak tinggi dalam menyokong pasukan bola sepak kegemaran mereka di sebuah stadium di ibu kota Kabul. Shiba bersama dengan beberapa penuntut dari sebuah universiti di negara itu merupakan salah satu daripada berpuluh-puluh wanita yang terlalu meminati sukan berkenaan.

    Malah peminat-peminat itu duduk di bahagian depan stadium utama di ibu kota Afghanistan sambil menikmati peluang yang jarang berlaku untuk bersenang-senang di khayalak umum khususnya di Afghanistan.

    “Lazimnya wanita-wanita ini tidak akan diganggu atau dikacau oleh sesiapa pun malah ia adalah lokasi yang terbaik untuk kaum wanita,” kata Rahimi yang berusia 21 tahun kepada wartawan AFP. Rahimi duduk bersama dengan keluarganya untuk menyaksikan pertembungan Liga Perdana Afghanistan (APL) antara Toofan Harirod dan Simorgh Alborz.

    Apa yang menarik kali ini ialah stadium tersebut menyediakan ruang untuk kaum wanita seperti pelajar-pelajar, profesional dan juga nenek-nenek yang mana mereka terus berteriak menyokong pasukan kegemaran mereka malah wajah mereka akan kelihatan berseri-seri jika pasukan mereka berjaya menyumbangkan gol di pintu palang.

    Di stadium berkenaan turut memperlihatkan sekumpulan wanita yang hanya menunjukkan mata mereka di bahagian VIP iaitu jauh daripada penyokong-penyokong kaum lelaki.

    Situasi yang berlaku di stadium itu merupakan satu fenomena yang luar biasa berikutan negara itu masih lagi satu rejim penindasan dan keganasan. – AFP

    Situasi yang berlaku di stadium itu merupakan satu fenomena luar biasa berikutan negara itu masih lagi sebuah rejim penindasan dan keganasan Taliban di mana kebanyakan wanita sebahagian besarnya terkurung di rumah mereka dan sentiasa berada di bawah lindungan lelaki jika berada di luar rumah. Kebanyakan wanita tersembunyi di bawah pandangan yang tersembunyi melalui hijab dan purdah mereka. Namun baru-baru ini, semua itu telah berubah dan kaum wanita kini lebih berani dan berupaya untuk melakukan apa yang mereka inginkan.

    Tidak lagi takut

    Selepas sahaja 16 tahun pihak Taliban dikalahkan dan digulingkan oleh pasukan angkatan AS, kaum wanita telah dibenarkan untuk menghadiri perlawanan bola sepak sekali gus menyokong pasukan bola sepak kegemaran mereka. Namun apa yang menarik, kaum wanita juga digalakkan untuk mengikuti aktiviti sukan tersebut.

    Hanya beberapa penyokong perempuan telah menyertai permainan tersebut namun setelah Taliban dikalahkan, pemain bola sepak wanita semakin berkembang dan kerap tampil di kaca TV di negara itu. Walaupun sudah mengalami kebebasan namun kebanyakan wanita harus menerima kebenaran daripada suami dan keluarga mereka.

    Walaupun kebebasan terhadap wanita sudah berkembang di negara itu namun masih terdapat halangan dan peraturan terhadap wanita di beberapa buah negara Timur Tengah yang lain. Morsal Sadat merupakan salah seorang yang sangat bertuah kerana pelajar sekolah yang berusia 16 tahun itu telah dibenarkan oleh keluarganya untuk bergiat aktif dalam sukan berkenaan dan menonton perlawanan bola sepak.

    Selepas sahaja 16 tahun pihak Taliban dikalahkan dan digulingkan oleh pasukan angkatan AS, kaum wanita telah dibenarkan untuk menghadiri perlawanan bola sepak sekali gus menyokong pasukan bola sepak kegemaran mereka. – AFP
    Apa yang menarik kali ini ialah stadium tersebut menyediakan ruang untuk kaum wanita seperti pelajar-pelajar, professional dan juga nenek-nenek yang mana mereka terus berteriak menyokong pasukan kegemaran mereka. – AFP

    “Saya datang ke sini untuk menonton dan mempelajari beberapa teknik baru dalam permainan kami,” tambah Sadat lagi kepada wartawan AFP.

    Walaupun jauh ketinggalan daripada jumlah kaum lelaki di stadium tersebut, namun para penyokong wanita kelihatan sangat bersemangat memberikan sokongan padu kepada pasukan kegemaran mereka malah kaum lelaki kelihatan tidak terganggu dengan sorakan itu dan menggunakan pendekatan itu untuk bermain dengan bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan semangat dan sokongan padu daripada mereka.

    Afghanistan telah membuat beberapa langkah untuk mempromosikan bola sepak wanita di negara itu dan kini telah mempunyai pasukan kebangsaan mereka sendiri dan pada tiga tahun yang lalu, Afghanistan telah melancarkan liga bola sepak wanita pertama selari dengan APL lelaki. Pada tahun ini, kejohanan liga untuk kaum wanita ditiadakan kerana kekurangan dana.

    Namun isu keselamatan adalah kebimbangan utama para penonton yang menghadiri perlawanan itu kerana apa yang pasti, perhimpunan besar itu menjadi fokus sasaran penjenayah.

    Dalam liga Kriket Shpageeza bulan lalu, seorang pengebom berani mati telah meletupkan diri dalam stadium berkenaan dan telah membunuh tiga orang.

    “Gangguan utama di kalangan wanita lazimnya serangan maut oleh pemberontak. Memang benar ada ketidaksamaan di Afghanistan dan kami menyaksikan satu letupan atau dua letupan setiap hari, tetapi kami tidak ketinggalan. Kami tidak dapat mengabaikan sukan yang kami cintai,” tambah Sadat mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda