Sunday, February 2, 2025
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solat Hajat untuk Palestin hari ini

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Bagi memohon perlindungan dan keselamatan untuk rakyat dan negara Palestin, Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Doa Khas esok, 12 Oktober jam 5:30 petang di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

    Tumpuan utama adalah Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Daerah Brunei dan Muara; Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait, Daerah Belait; Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Daerah Tutong dan Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong.

    Orang ramai adalah dialu-alukan hadir ke masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara bagi sama-sama memohon ke hadrat Allah SWT agar rakyat dan negara Palestin terlindung dari kekejaman dan diberikan keselamatan oleh Allah SWT serta mendapat kemenangan dan keamanan untuk rakyat dan negara Palestin.

    Warga Palestin ketika menyelamatkan seorang budak perempuan dari runtuhan bangunan susulan serangan Israel pada 10 Oktober. – AP
    Gambar AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda