Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solat Sunat Hajat untuk pelajar SR Birau

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Sekolah Rendah (SR) Birau telah mengendalikan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Bacaan Surah Yasin serta Doa Menghadapi Peperiksaan PSR 2024 khusus bagi para pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan awam pada 10 Oktober ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Ketua Kampung Birau, Luagan Timbaran dan Kebia selaku Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Birau, Awang Masburah bin Suhaile.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat, membaca Surah Yasin beramai-ramai dan bacaan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Bilal Masjid Kampung Birau, Awang Mohammad Asraf Syafiq Syazwan bin Reney.

    Hadir sama ialah Guru Besar Sekolah Rendah Birau, Dayang Zusniah binti Ahmad, serta beberapa guru pegawai pendidikan dari sekolah tersebut dan juga ibu bapa pelajar.

    Ceramah motivasi khusus untuk pelajar juga disampaikan oleh penceramah undangan, Guru Bimbingan Pegawai Asrama Program Ri’ayah Wa Mahabah, Dayang Siti Rahmawati binti Haji Mohd Tanjong.

    Antara pelajar yang hadir pada majlis yang dianjurkan oleh SR Birau. – GAMBAR SERAHAN SR BIRAU
    GAMBAR SERAHAN SR BIRAU
    Dayang Siti Rahmawati menyampaikan ceramah pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN SR BIRAU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda