LONDON, 1 APRIL – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer masih berhubung dengan pemain-pemain bintang Manchester United sebagai langkah beliau untuk menghadapi ketidaktentuan disebabkan oleh koronavirus.
Dengan Liga Perdana Inggeris yang telah ditunda sehingga sekurang-kurangnya sehingga 30 April kerana pandemik dan ditakuti musim ini akan ditunda sekali lagi apabila pemegang saham bola sepak Inggeris akan mengadakan perbincangan mengenai krisis pada hari Jumaat.
Ketika Britain di bawah perintah berkurung, pengurus United tidak boleh mengadakan latihan.
Tetapi dia secara berterusan menghubungi pemain dan jurulatih melalui telefon bagi memastikan mereka bersedia, jika dan bila perlawanan disambung semula.
“Sudah tentu, saya sudah terbiasa melihat mereka setiap hari selama berjam-jam, jadi ini adalah berbeza,” Solskjaer memberitahu dalam laman web rasmi United kelmarin.
“Saya hanya berhubung dengan mereka melalui WhatsApp secara berkumpulan dan pesanan mesej, dan kami merancang apa-apa keperluan yang perlu kami lakukan sekembalinya kami ke arena.
“Tetapi ia tidak diketahui dan kami tidak mengetahui dan tidak 100 peratus tahu bila kami akan bermula.
“Ia adalah perkara yang bagus dengan teknologi sekarang dan kami sangat beruntung. “Kami sentiasa berhubung dan berjumpa sesama sendiri. Kami boleh menghantar pesanan dan membalasnya dengan cepat, dan kita kadangkala boleh melakukan dengan cara lama dengan panggilan telefon dan bercakap melalui telefon. Jadi kami kerap berhubung.” – AFP