Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solskjaer tidak tergugat

    MANCHESTER, 4 DIS – Ole Gunnar Solskjaer percaya dia masih mendapat sokongan peminat Manchester United menjelang minggu penting bagi pengendali dari Norway itu jika mahu terus diberi kepercayaan bos-bos besar di Red Devils.

    United akan menerima kunjungan bekas pengurus, Jose Mourinho di Old Trafford, awal pagi esok dengan pengendali dari Portugal itu membimbing Tottenham memintas kedudukan Red Devils pada minggu pertamanya menguruskan Spurs.

    Selepas Tottenham, skuad bimbingan Solskjaer akan membuat kunjungan ke kelab tetangga, Manchester City pada Sabtu.

    Mourinho yang dipecat United pada Disember tahun lalu kembali ke saingan bola sepak Inggeris menggantikan Mauricio Pochettino, minggu lalu tetapi Solskjaer percaya nasibnya berbeza dengan bekas pengendali Chelsea itu.

    “Saya tidak perlu memberitahu sesiapapun bagaimana untuk menguruskan kelab bola sepak, tetapi saya fikir semua orang tahu yang kesinambungan adalah salah satu kunci kejayaan,” kata Solskjaer.

    “Sesetengah kelab mempunyai kesabaran yang lebih berbanding yang lain, sesetengah kelab tidak mempunyai masa dan kesinambungan. Bagi saya, dengan Man United, kami mempunyai rancangan dan berharap kami mendapat keputusan yang baik bagi memacunya ke depan.

    “Kadang kala ia tidak bergerak dengan kelajuan yang kami harapkan, tetapi ia masih menuju ke arah yang betul. Tetapi keputusan adalah penting untuk kami. Kami mempunyai peluang yang hebat sekarang, tempoh beberapa hari ini untuk mengubah persepsi orang ramai.” – AFP

    Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer memberikan tepukan kepada penyokong selepas wisel penamat ditiup semasa perlawanan di antara Manchester United dan Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris di Old Trafford Manchester. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda