Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Song Joong Ki hilang sabar

    Selepas pelakon Song Joong Ki mendedahkan kisah cintanya dengan Katy Louse Saunders, pelbagai spekulasi tidak benar timbul mengenai teman wanitanya itu.

    Menurut Joong Ki, ada antara berita dilihat keterlaluan sehingga mengun-dang rasa kurang senang, lebih-lebih lagi apabila ada yang sanggup korek cerita lama Katy.

    “Pada awalnya saya tidak terlalu fikir tentang khabar angin tersebut. Sebagai seorang selebriti ia sudah menjadi sebahagian hidup kami.

    Walau apa pun yang diperkatakan ia tidak pernah mengubah perasaan cinta antara kami.
    “Bagaimanapun saya jadi marah apabila ada cerita yang keterlaluan.

    Selain nama bekas universiti Katy, kebanyakan cerita adalah tidak benar.

    Joong Ki akur sukar berdepan dengan cerita palsu tentang isterinya. – Agensi

    “Ketika saya rasa kecewa dengan tindakan menyebarkan berita tersebut, Katy adalah orang yang selalu menenangkan saya.

    Dia sentiasa bersikap positif dan kami melengkapi antara satu sama lain,” katanya dalam satu temubual.

    Antara kisah Katy yang menjadi bualan ramai adalah dakwaan kononnya dia kini sedang hamil.

    Selain itu, ada yang mengatakan wanita itu pernah berkahwin sebelum ini dan sudah memiliki seorang anak perempuan.

    Joong Ki dan Katy telah pun mendaftarkan pernikahan mereka pada hujung Januari lalu dan bakal mengadakan majlis perkahwinan dalam masa terdekat. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...