Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    SOP solat Sunat Hari Raya Aidilfitri diumum

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Penjarakan fizikal bagi para jemaah yang akan menghadiri sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri adalah mengikut ukuran tikar sembahyang masing-masing.

    Ini adalah bagi menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi langkah-langkah yang dibenarkan untuk para jemaah lelaki dan perempuan menghadiri sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

    Menurut Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah masih tidak dibenarkan untuk hadir menyertai sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri.

    Manakala pengemaskinian penjarakan saf akan dilaratkan kepada sembahyang Fardu Jumaat dan sembahyang fardu lima waktu mulai 1 Syawal 1443 Hijrah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...