Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Soyou pengsan di tepi jalan sebab diet ekstrem

    Demi menjadi penyanyi terkenal, ahli kumpulan Sistar iaitu Soyou sanggup berlapar untuk mendapatkan berat badan yang ditetapkan syarikat pengurusannya.

    Memetik laporan mStar, Soyou pernah pengsan di pinggir jalan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara melakukan diet secara ekstrem.

    Katanya, pihak syarikat pengurusan menetapkan berat badannya perlu 48 kilogram sekiranya mahu kariernya dilancarkan.

    “Saya pernah pengsan di tepi jalan sehingga orang asing membawa saya ke hospital.

    “Saya terpaksa dimasukkan air tapi ketika itu saya tetap bimbang sekiranya berat badan saya akan bertambah dengan rawatan diterima.

    Soyou sanggup berlapar untuk mendapatkan berat badan yang ditetapkan syarikat pengurusannya. – mStar

    “Ketika itu saya terlalu mengejar populariti dan kami sangat sibuk. Rasanya saya melakukan lebih 50 cara dalam sebulan untuk kurus,” katanya.

    Soyou berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu rancangan Body Documentary.

    Bukan itu sahaja, dia juga pernah menolak pelawaan ibu rakannya untuk memakan sepotong tembikai gara-gara bimbang berat badannya bertambah. Jelasnya, ketika itu dia terpaksa menolak sehingga menangis kerana bimbang perasaan rakannya.

    “Saya pernah ke rumah kawan dan ibunya memotong tembikai untuk saya. Kawan saya juga menyarankan untuk saya merasa hanya sepotong tembikai.

    “Tapi saya menangis kerana saya tidak boleh makan walaupun sepotong,” ujarnya.

    Rancangan Body Documentary memaparkan perkongsian dari penyanyi tentang masalah berat badan dan amalan diet tidak sihat. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda