Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Hyuna menyesal diet keterlaluan sehingga hilang berat 40Kg Penyanyi, Hyuna menyesal pernah menjalani diet ekstrem dengan hanya makan satu biji nasi kepal (kimbab) setiap hari, lapor mStar. Kata Hyuna, 31, dia sedar tindakan itu salah apabila berat badannya turun mendadak sehingga 40 kilogram (kg) dalam masa yang singkat. Jelasnya, penurunan berat badan menjejaskan kesihatan dan juga prestasi persembahannya di atas pentas. “Berat saya pernah mencapai 40kg kerana saya hanya makan satu biji Kimbap satu hari, walaupun ketika itu jadual saya padat. “Disebabkan itu kesihatan saya merosot bermula dari umur saya 26 tahun, saya mahu buat yang terbaik untuk peminat tapi saya tak mampu,” katanya. Hyuna berkongsi perkara itu apabila dijemput menjadi bintang tamu program Season B bersama penyanyi Rain. Dalam pada itu, penyanyi lagu Trouble Maker itu memaklumkan dia mula mengubah gaya pemakanannya bermula tahun lepas. Menurutnya, dia sedar bentuk badan langsing tidak menjamin kebahagian buat dirinya. “Apabila tiba waktu saya tersedar, saya tanya diri saya adakah ini kebahagiaan yang saya mahukan? “Sejak tahun lalu, saya mula sedar untuk bersyukur dengan setiap perkara dalam kehidupan saya,” ujarnya. – Agensi CAP Hyuna berkongsi perkara itu dalam program Season B. – Agensi TAG : Hyuna, menyesal, menjalani, diet ekstrem, penyanyi, hiburan, kpop

    Penyanyi, Hyuna menyesal pernah menjalani diet ekstrem dengan hanya makan satu biji nasi kepal (kimbab) setiap hari, lapor mStar. Kata Hyuna, 31, dia sedar tindakan itu salah apabila berat badannya turun mendadak sehingga 40 kilogram (kg) dalam masa yang singkat. Jelasnya, penurunan berat badan menjejaskan kesihatan dan juga prestasi persembahannya di atas pentas. “Berat saya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...