Tuesday, July 2, 2024
22 C
Brunei

    -

    Spalleti letak harapan pada Frattesi

    ISERLOHN, 19 JUN – Davide Frattesi akan menjadi pemain utama kepada harapan Itali untuk menewaskan Sepanyol pada Euro 2024 esok selepas mendapat kepercayaan jurulatih Luciano Spalletti.

    Pemain tengah, Frattesi, hanya memulakan enam perlawanan dalam kendalian Inter untuk merangkul kejuaraan Serie A terbaharu tetapi mendapat pujian bagi beberapa siri persembahan super-sub pada musim pertamanya untuk pasukan Simone Inzaghi yang telah mengungguli kedudukan.

    Pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan lapan gol dan menambah lima gol lagi pada 15 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Inter musim lalu dan bakatnya muncul tepat pada masanya untuk beraksi di peringkat antarabangsa.

    Empat daripada lima gol Frattesi telah diperolehi sejak Spalletti mengendalikan pasukan kebangsaan pada Ogos tahun lalu.

    “Tidak mudah untuk memasukkan diri ke dalam pasukan baharu pada tahun pertama terutamanya jika baru sahaja mara ke final Liga Juara-juara,” kata Frattesi Isnin lalu mengenai persembahan hambarnya di Inter.

    “Perkara yang paling memenatkan bagi saya tahun ini ialah siri penjelajahan. Tetapi lebih banyak awda bermain, lebih banyak masa awda berada di atas padang, keadaan lebih baik akan diperolehi.

    “Awda penat secara mental, tetapi prestasi awda hadir menerusi aksi dalam perlawanan. Saya mahu ia berbeza,” jelasnya lagi.

    Frattesi adalah sebahagian daripada empat pemain Inter yang akan disenaraikan dalam barisan awal pemain untuk Itali esok, termasuk pemain tengah, Nicolo Barella; bek kiri, Federico Dimarco; dan pertahanan, Alessandro Bastoni. – AFP

     

    Gambar fail bertarikh 9 November 2023 menunjukkan Spalletti tiba pada sidang media menjelang perlawanan bola sepak kelayakan kumpulan C Euro 2024 antara Ukraine dan Itali di BayArena di Leverkusen, Jerman. – AP

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S wujudkan kementerian populasi, tangani penuaan, kadar kelahiran rendah

    SEOUL, 1 JULAI – Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar...