Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Spotify kurangkan bilangan pekerja sebanyak 17%

    STOCKHOLM, 4 DIS – Syarikat penstriman muzik Spotify hari ini berkata ia akan mengurangkan bilangan pekerjanya sekitar 17 peratus dalam usaha untuk mengurangkan kos disebabkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

    Pengumuman itu dibuat berikutan keuntungan bersih suku tahunan yang jarang berlaku sebanyak 65 juta euro pada bulan Oktober, berbanding kerugian 166 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya, berikutan pertumbuhan 26 peratus dalam pengguna aktif untuk suku ketiga kepada 574 juta.

    Kira-kira 1,500 orang akan meninggalkan syarikat itu, umum Spotify.

    Ia adalah yang tindakan terbaharu dalam pemberhentian yang diumumkan dalam industri teknologi yang mengurangkan puluhan ribu pekerja berikutan lonjakan semasa penutupan pandemik COVID.

    “Saya sedar bahawa bagi kebanyakan orang, pengurangan ini sesuatu yang mengejutkan memandangkan laporan pendapatan positif baru-baru ini dan prestasi kami,” ketua eksekutif, Daniel Ek, menulis dalam surat kepada pekerja, yang dilihat oleh wartawan. – AFP

    Syarikat penstriman muzik Spotify akan mengurangkan bilangan pekerjanya sebanyak sekitar 17 peratus. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...