Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    SPR: Bakal calon diingatkan isi borang, buat semakan awal

    BINTULU, 19 OKT – Bakal calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak disaran mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum hari penamaan calon, Sabtu ini.

    Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata bakal calon juga disaran membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran hendaklah dibawa ke pusat penamaan calon di Dewan Suarah Bintulu sebagai bukti pembayaran.

    “Bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik pula hendaklah mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon.

    “Setiap bakal calon hanya dibenarkan diiringi seorang pencadang calon dan seorang penyokong calon untuk memasuki pusat penamaan calon,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau berkata kertas penamaan calon hendaklah diserahkan bermula 9 hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan calon.

    kmalrudin juga menyeru bakal calon dan parti politik terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika dan arahan dikeluarkan SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). – Bernama

    Orang ramai terdiri daripada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak membeli barangan basah di Pasar Tamu Bintulu kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...