Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    SR Delima Satu adakan Sambutan Jubli Intan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Sekolah Rendah (SR) Delima Satu telah menyambut 60 tahun penubuhannya dengan Majlis Sambutan Jubli Intan yang berlangsung di Dewan Al-Barakah, sekolah itu, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Kluster 3, Hajah Amal Nuriyah binti Haji Ahmad Kumpoh.

    Turut hadir ialah para jemputan khas, mantan-mantan guru besar dan penolong guru besar, mantan guru, ahli-ahli persatuan ibu bapa, para guru, staf sokongan dan murid-murid sekolah berkenaan.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyah yang dipimpin oleh Awang Hamadi bin Miamit @ Pilus dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil.

    Acara dilanjutkan dengan bacaan Dikir Syarafil Anam yang diketuai oleh Ketua Kampung Delima Satu, Pengiran Roslan bin Pengiran Tuah sebelum pembahagian bunga telur kepada para tetamu yang hadir oleh Hajah Amal Nuriyah.

    Majlis diserikan lagi dengan tayangan video pendek kenang-kenangan dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada jemputan khas dan tetamu kehormat yang disampaikan oleh mantan guru besar dan guru besar.

    Antara tujuan majlis berkenaan adalah untuk menghargai jasa para tenaga pengajar yang pernah berkhidmat di sekolah tersebut, di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara alumni sekolah dan para tetamu jemputan.

    Para jemputan khas bergambar ramai pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN SR DELIMA SATU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...