Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    TBCC anjur forum khas Hari Penjagaan Hospis dan Paliatif Sedunia

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Pusat Kanser Brunei (TBCC), Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) baru-baru ini telah menganjurkan sebuah forum bertajuk Menuju Akhir Kehidupan daripada Prespektif Budaya bagi memperingati Kempen Hari Penjagaan Hospis dan Paliatif Sedunia 2023 yang berlangsung di Lecture Theater, PJSC RF Floor.

    Seramai 150 orang telah menghadiri forum tersebut yang terdiri daripada kumpulan pengurus kanan PJSC, wakil dari Unit Geriatrik dan Paliatif, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), ahli panel dan moderator serta kakitangan PJSC.

    Kempen tersebut diadakan khas oleh Unit Rawatan Paliatif buat pertama kali dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan paliatif dalam sistem penjagaan kesihatan dan
    masyarakat.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Eksekutif PJSC, Dr Haji Mazrul Adimin bin Haji Awang Besar.

    Forum berkenaan adalah sebahagian daripada aktiviti kempen Hari Penjagaan Hospis dan Paliatif Sedunia 2023 dengan tujuan untuk mempelajari budaya daripada pelbagai kumpulan peribumi yang berbeza di Brunei dalam menyediakan penjagaan menjelang akhir hayat, supaya para profesional kesihatan boleh lebih memahami isu-isu sedemikian apabila menghadapinya.

    Forum berkenaan turut dihadiri oleh wakil daripada beberapa kumpulan etnik seperti Bisaya, Dusun, Cina, Melayu, Murut dan juga Iban, yang mana setiap ahli panel telah berkongsi pandangan mereka tentang perspektif budaya yang berkaitan dengan adat dan adab yang perlu dijaga semasa menjaga orang yang sakit tenat dan berada di penghujung hayat.

    Ahli-ahli panel yang hadir bagi menyampaikan forum bertajuk Menuju Akhir Kehidupan daripada Prespektif Budaya. – GAMBAR SERAHAN PJSC
    Suasana semasa forum berlangsung di Lecture Theater, PJSC RF Floor. – GAMBAR SERAHAN PJSC

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...