Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SR YSHHB rai 161 pelajar Tahun 6

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Abib Noor

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Seramai 161 orang pelajar Tahun 6 bagi tahun 2021 telah diraikan pada Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) di ibu negara, hari ini.

    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil telah berkenan berangkat ke majlis berkenaan di mana antara yang diraikan ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaaul Bolqiah, Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah dan Mohammad Ashraf As-Seddiq.

    Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ali Yil-Kabier, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hamidah Jamalul Bulqiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Ameenah Bushral Bulqiah.

    Hadir selaku tetamu kehor-mat dan menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada pelajar yang diraikan ialah Pemangku Pengarah Urusan Yayasan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

    Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi dalam ucapannya antara lain mengongsikan, Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi 2021 telah mencatatkan pencapaian cemerlang yang mana, pelajar yang lulus gred A-D dalam kelima-lima mata pelajaran ialah 99.4 peratus.

    Manakala itu, pelajar yang memperolehi gred A-C adalah 96.9 peratus sementara pelajar yang memperolehi gred 5A dalam lima mata pelajaran sebanyak 51 peratus.

    “Keputusan ini telah mencapai sasaran sekolah iaitu 50 peratus mencapai gred 5A,” ujarnya.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YAM Pengiran Anak Khairul Khalil berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) kelmarin. Seramai 161 pelajar telah diraikan pada majlis itu yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan. – Gambar oleh Infofoto
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YAM Pengiran Anak Khairul Khalil, YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ali Yil-Kabier, YAM Pengiran Anak Hamidah Jamalul Bulqiah dan YAM Pengiran Anak Hajah Ameenah Bushral Bulqiah bergambar ramai bersama para pelajar yang diraikan.
    YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-ul Bolqiah menerima cenderahati yang disampaikan oleh Dr Nor Imtihan.

    Antara pelajar yang diraikan pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda