Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart perkenal tawaran eksklusif di Pesta Pelancongan Freme

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Bank Standard Chartered (StanChart) Brunei akan memperkenalkan tawaran eksklusif kepada semua pelanggannya menggunakan kad debit dan kredit StanChart semasa Pesta Pelancongan Freme yang diadakan di Dewan Grand Cesar, Hotel Mulia dari 25 hingga 27 April.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh StanChart Brunei, di sini, pelanggan yang membelanjakan minimum $500 dalam satu resit dengan menggunakan kad kredit atau debit StanChart semasa pesta pelancongan itu layak menyertai cabutan bertuah segera di mana mereka boleh memenangi baucar membeli-belah atau premium StanChart.

    Di samping itu, pelanggan-pelanggan yang membelanjakan minimum $1,000 dalam saru resit dengan menggunakan kad kredit atau kad debit StanChart akan diberikan ganjaran tambahan 2,000 Royal Skies Miles yang perlu ditebus dari petak pameran StanChart bersama-sama dengan resit pembelian mereka.

    Permohonan StanChart baharu semasa pesta pelancongan berkenaan juga secara automatik melayakkan mereka menyertai Kempen Pan Bank StanChart yang sedang berjalan di mana mereka berpeluang memenangi pelaburan bernilai $50,000 atau hadiah bulanan hebat yang lain.

    Selain itu, pemohon baharu juga akan memperoleh pengecualian yuran tahunan selama empat tahun bagi kad kredit StanChart baharu mereka.

    Sementara itu, pelanggan yang berbelanja dengan kad debit dan kredit StanChart akan mendapat dua kali lebih mata dalam Cabutan Bertuah Harian Freme tanpa perbelanjaan minimum.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda