Monday, March 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    STPRI anjur Program Hala Tuju

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SER BEGAWAN, 2 Feb – Unit Kerjaya dan Kaunseling, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) dengan kerjasama Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, hari ini, telah menganjurkan Program Hala Tuju yang berlangsung di sekolah berkenaan.

    Lebih 70 orang pelajar Tahun 10 dan 11 mengikuti program sehari berkenaan yang memberikan tumpuan kepada pilihan kerjaya dan peluang melanjutkan pelajaran selepas Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’.

    Antara institusi yang terlibat dalam program ini adalah Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Institusi Kejuruteraan dan Teknologi, Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan (CCCT), Institut Kemuda, Kolej Antarabangsa Micronet (MIC), Brunei Institute of Certified Public Accountant dan LiveWIRE Brunei.

    Taklimat-taklimat yang disampaikan antara lain menyentuh mengenai keperluan pendaftaran dan kemasukan seperti keperluan akademik dan kesihatan serta proses temu duga bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada agensi-agensi berkenaan.

    Pameran berkenaan juga membolehkan pelajar untuk bercakap dengan wakil-wakil dari agensi-agensi yang mungkin mereka berminat untuk sertai pada masa akan datang.

    Program berkenaan diharap dapat membantu pelajar untuk memberi tumpuan kepada bidang yang mereka minati.

    Objektif program adalah untuk mengumpulkan pelajar Tahun 11 dan memperkenalkan mereka kepada pelbagai pilihan kerjaya dan memberi peluang kepada mereka untuk meneroka laluan kerjaya yang berpotensi disediakan selepas menamatkan peperiksaan Peringkat ‘O’.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda