Saturday, January 4, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami bertuah bertemu jodoh dengan Heliza

    Usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menganggap kehadiran penyanyi Datin Seri Heliza Helmi sebagai isteri adalah tanda kasih Allah kepadanya.

    Menurut mStar, Mahadi, 40, turut bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan Heliza atau Nur Heliza Helmi, 38, dan menyifatkan kehadiran penyanyi berkenaan adalah sebagai bidadari dunia untuknya.

    “Alhamdulillah, hari ini genap tiga tahun kita melayari bahtera perkahwinan bersama.

    “Setiap detik bersamamu adalah nikmat yang tidak pernah henti aku syukuri kepada Allah.

    Kehadiranmu dalam hidupku adalah tanda kasih sayang Allah yang terbesar buatku.

    Mahadi bertuah dapat menjadikan Heliza sebagai isteri. – mStar

    “Engkaulah bidadariku di dunia ini, penyejuk mata dan pelengkap separuh agamaku. Aku berdoa agar cinta kita sentiasa diberkati, diredai dan dipimpin oleh Allah menuju syurgaNya,” katanya.

    Mahadi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

    Dalam pada itu, Mahadi menitipkan doa agar perkahwinan yang dibina itu dapat menguatkan lagi cinta mereka dan kekal hingga ke akhir hayat.

    “Semoga Allah terus menguatkan cinta kita, mengurniakan ketenangan dalam rumah tangga kita dan menjadikan kita pasangan yang saling kukuh di jalanNya.

    “Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, aku mencintaimu kerana Allah dan semoga perjalanan kita ini kekal hingga ke akhir hayat dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda