Wednesday, May 1, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Suami Mila Jirin hampir kena ‘scam’

    Penyanyi dan usahawan Malaysia, Mila Jirin mendedahkan suaminya hampir menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), baru-baru ini.

    Memetik laporan mStar, Cerita Mila atau Norsyamilla Jirin, 35, suaminya iaitu Isz Mustapha menerima mesej OTP memaklumkan mengenai permohonan pengeluaran wang daripada akaun KWSP.

    “Suami saya hampir kena scam, modus operandi mereka menggunakan nama KWSP.

    “Dia (suami) terima pesanan SMS dari KWSP yang menyatakan tentang OTP untuk pengeluaran KWSP, ada nombor telefon yang tertera dalam SMS tersebut.

    “Suami terus ke laman Facebook KWSP dan perasan nombor dilihat sama,” katanya menerusi satu hantaran video di Instagram pada hari Selasa lalu.

    Sementara itu, Mila memberitahu suaminya ada menghubungi nombor telefon tersebut, namun mula berasa curiga selepas menerima beberapa arahan daripada operator panggilan.

    “Menjadi satu kemusykilan bila talian automatik itu berbunyi pelik sebabnya dia suruh tekan nombor satu, kemudian minta tekan nombor empat pula,” ujarnya.

    Bimbang terperangkap dalam sindiket penipuan berkenaan, Mila berkata suaminya segera menghubungi pihak KWSP untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    “Suami saya rasa sangat was-was, jadi dia terus matikan talian itu dan pergi ke pejabat KWSP untuk penjelasan dan mereka sahkan suami saya memang kena scam,” katanya. – Agensi

    Mila mendedahkan suaminya hampir menjadi mangsa scam. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka tambah 49 zon pelancongan

    COLOMBO, 30 APRIL - Kerajaan Sri Lanka merancang untuk menambah 49 lokasi tambahan sebagai zon pelancongan rasmi, kata Menteri Pelancongan, Diana Gamage di sini...