Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Suami Oki Setiana Dewi sibuk jaga tepi kain orang

    Keretakan rumah tangga pasangan Ria Ricis dan Teuku Ryan dilaporkan berpunca daripada sikap personaliti media sosial itu tidak memberikan nafkah batin selepas isterinya melahirkan anak pertama mereka.

    Menurut mStar, perkara itu didedahkan oleh abang ipar kepada Ria iaitu Ory Vitrio ketika muncul dalam program temu bual Folbec ANTV.

    “Mereka memang dalam proses penceraian. Dari saat melahirkan anak sehingga sekarang, Ria tidak pernah disentuh suami,” kata suami kepada pendakwah Oki Setiana Dewi itu.

    Tidak berdiam diri dengan dakwaan tersebut, Ryan atau Teuku Rushariandi, 30, menepis dakwaan dibuat Ory adalah fitnah.

    Ryan menyifatkan tindakan Ory mendedahkan hal peribadi rumah tangganya sebagai tidak sopan apatah lagi dia dikenali sebagai individu alim dalam kalangan peminat.

    “Allah Maha Tahu. Seorang yang faham agama memfitnah seperti ini? Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.

    “Sejak bersalin tidak disentuh? Sebaiknya jangan fitnah. Allah Maha Tahu, abang Rio (Ory) juga faham agama. Mohon beri sokongan yang baik-baik sahaja,” katanya.

    Sebelum ini, Ria atau Ria Yunita, 29, dilaporkan memfailkan penceraian terhadap Ryan walaupun rumah tangga yang dibina baharu sahaja mencecah usia dua tahun.

    Memetik laporan CNN Indonesia, adik kepada Oki Setiana itu membuat permohonan penceraian menerusi sistem atas talian di Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada 30 Januari lalu. – Agensi

    Teuku Ryan didakwa tidak menyentuh Ria selepas melahirkan anak pertama. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...