Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Isu akaun TikTok kanak-kanak akan dibincangkan

    GEORGE TOWN, 4 FEB – Kementerian Pen-didikan (KPM) akan mengadakan perbinca-ngan dengan Kementerian Komunikasi berhubung isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ber-kata pihaknya perlu mendapatkan maklumat penuh mengenai perkara itu sebelum me-ngeluarkan sebarang garis panduan mengenai isu berkenaan.

    “Itu nanti kita minta pandangan dan penyelarasan daripada Menteri Komunikasi (Fahmi Fadzil) sebab saya perlu dapat maklumat penuh dan pedoman daripada beliau supaya kita boleh tengok apa kesan serta impaknya kepada anak-anak kita.

    “Saya pasti ada garis panduan yang perlu dipatuhi, maknanya kawalan itu berlaku khususnya daripada ibu bapa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Fadhlina ditemui selepas merasmikan Majlis Apresiasi KEMAS Daerah Barat Daya dan Timur Laut di Dewan Sri Mutiara Raia Inn, di Bayan Lepas dekat sini, melibatkan lebih 800 kanak-kanak.

    Pada majlis itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, turut menyampaikan sijil anugerah cemerlang kepada 107 kanak-kanak.

    Sebelum ini Fahmi dilaporkan berkata isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak bawah usia 13 tahun antara isu yang diper-timbangkan untuk diutarakan kepada pengurusan platform media sosial itu.

    Fahmi berkata terdapat sedikit kerisauan berhubung pemilikan akaun TikTok oleh kumpulan di bawah umur itu, selain garis panduan komuniti media sosial tersebut menyatakan bahawa individu bawah usia 13 tahun tidak di-benarkan untuk membuka akaun. – Bernama

    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kiri) menyantuni kanak-kanak Tabika Kemas pada program Hari Apresiasi Tabika Kemas peringkat Daerah Barat Daya dan Timur Laut Pulau Pinang di Dewan Seri Mutiara, Raia Inn, Bayan Lepas, George Town, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...