Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami tetap di sisi meski Jesicca dipaliti pelbagai kontroversi

    Suami kepada pelakon Jesicca Iskandar iaitu Vincent Verhaag mengakui pernah terfikir untuk bercerai dengan isterinya itu susulan pelbagai kontroversi yang melanda sebelum ini.

    Bagi Vincent, 30, impian hidup bahagia bersama Jesicca, 35, tidak seperti yang diharapkan apabila kerana banyak masalah yang berlaku selepas berkahwin pada Oktober 2021.

    “Saya tidak mahu menipu mengatakan pernah terfikir untuk lari. Saya terfikir kenapakah segalanya harus terjadi ketika baru berkahwin.

    “Apa yang dilalui sangat berat,” katanya dalam satu temu bual.

    Namun lelaki ini berpegang teguh pada janji terhadap Jessica ketika dia mula bergelar suami kepada pelakon itu.

    Malah dia juga adalah orang yang sentiasa menyokong Jesicca tatkala isterinya itu berdepan dengan pelbagai kecaman dan masalah.

    “Saya harus konsisten sebab telah menyatakan komitmen terhadapnya. Jadi kalau sudah menjadi suami dia, bermakna kami sedia harungi semua cabaran bersama.

    “Tidak kira berapa kali saya jatuh, saya akan tetap bangun dan cuba mencari jalan terbaik untuk setiap masalah,” ujarnya. – Agensi

    Vincent setia di sisi Jessica. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda