Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Suara’ Liga Perdana Inggeris meninggal dunia

    LONDON, 24 FEB – Putera William kelmarin memuji pengulas bola sepak Britain, John Motson (gambar–AP) sebagai ‘legenda suara bola sepak’ berikutan kematian pengulas bola sepak itu pada usia 77 tahun.

    Motson, yang digelar ‘Motty’, bersara pada 2018 selepas kerjaya cemerlang selama 50 tahun bersama BBC.

    “Dengan penuh kesedihan kami mengumumkan bahawa John Motson meninggal dunia dengan tenang dalam tidurnya hari ini,” kata satu kenyataan daripada keluarga Motson kelmarin.

    Putera William, presiden Persatuan Bola Sepak, dalam ciapannya di akaun Twitternya berkata bahawa dia berduka cita setelah mengetahui tentang kematian pengulas itu, menyifatkan dia sebagai suara legenda dalam bola sepak.

    “Dia adalah legenda dalam bola sepak,” kata jurucakap itu. “Dia merupakan suara bola sepak untuk berjuta-juta orang di seluruh negara. Dia akan dirindukan oleh peminat dan seluruh komuniti bola sepak.”

    Motson telah dianugerahkan penghormatan Britain iaitu Pegawai Perintah Empayar British, pada tahun 2001 untuk perkhidmatan kepada penyiaran sukan.

    Dia bersara dari BBC pada penghujung musim Liga Perdana 2017/18.

    Ketua pengarah BBC, Tim Davie berkata: “John Motson adalah suara generasi bola sepak yang mmewarnai liku-liku Piala FA, pasang surut Piala Dunia dan, sudah tentu, malam Sabtu pada hari perlawanan.

    “Seperti semua orang hebat di sebalik mikrofon, John mempunyai kata-kata yang tepat, pada masa yang sesuai, untuk semua keadaan.”

    Penyampai Match of the Day, Gary Lineker menyifatkan Motson di Twitter sebagai seorang pengulas yang cukup cemerlang dan suara bola sepak di negara ini sejak beberapa generasi lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...