Tuesday, February 4, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suarez sertai Inter Miami

    MIAMI, 24 DIS – Penyerang Uruguay Luis Suarez (gambar-AFP) bekas bintang Barcelona, Liverpool, Atletico Madrid dan Ajax, akan menyertai Inter Miami untuk musim 2024, umum kelab MLS itu pada Jumaat.

    Suarez, yang berusia 37 tahun bulan depan, memenangi empat kejuaraan Liga dan Liga Juara-Juara bersama Barcelona dan turut mengumpul kejuaraan liga bersama Ajax dan Atletico.

    Dia menyertai pasukan Miami yang mempunyai bekas rakan sepasukannya di Barcelona iaitu Lionel Messi, Sergio Busquets dan Jordi Alba.

    “Saya sangat gembira dan teruja untuk menyahut cabaran baharu ini bersama Inter Miami,” kata Suarez. “Saya tidak sabar untuk bermula dan saya bersedia untuk bekerja untuk merealisasikan impian memenangi lebih banyak gelaran bersama kelab hebat ini.

    “Saya optimis tentang apa yang boleh kami capai dengan cita-cita kami yang dikongsi bersama.

    Saya akan memberikan yang terbaik untuk membawa kegembiraan kepada peminat hebat yang saya selalu dengar semasa saya memakai warna Inter Miami dan berharap untuk bersatu semula dengan rakan-rakan dan pemain yang hebat,” tambahnya.

    Suarez dinamakan sebagai Pemain Terbaik dan Penyerang Terbaik dalam liga Brazil musim lalu untuk Gremio, menjaringkan 26 gol dan menyumbang 17 assist dalam 53 penampilan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda