Wednesday, April 23, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SugarBun Brunei lancar laman sesawang baru

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Bagi memberikan kemudahan kepada pelanggan-pelanggannya, SugarBun Brunei telah melancarkan laman sesawang baru yang akan memberikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada pengguna.

    Laman sesawang ini mengandungi pelbagai pilihan yang terdiri daripada rangkuman maklumat terkini berita, promosi terkini, maklumat ulang tahun, khidmat penghantaran makanan, live chat dan peluang kerjaya.

    Penambahbaikan laman sesawang yang dilakukan oleh SugarBun Brunei ini menunjukkan bahawa SugarBun amat serius dalam mewujudkan sistem rangkaian terus kepada seluruh masyarakat.

    Melalui maklumat yang disediakan, komunikasi dan perhubungan terus akan dapat dilakukan dengan mudah.

    Chani Fui Meng bergambar ramai selepas pelancaran laman sesawang SugarBun Brunei.
    Chani Fui Meng bergambar ramai selepas pelancaran laman sesawang SugarBun Brunei.

    “Diharapkan dengan adanya laman sesawang ini, SugarBun Brunei akan lebih dekat dengan masyarakat selari dengan arus perkembangan teknologi maklumat semasa. Ia sejajar dengan hasrat syarikat untuk memperkasakan sistem penyampaian kepada pelanggan selain menaikkan imej SugarBun Brunei sebagai pengendali restoran keluarga di Brunei,” kata Pengarah Urusan SugarBun Brunei, Chan Fui Meng.

    Bersempena dengan pelancaran itu juga, SugarBun Brunei berbesar hati menawarkan satu set Fish Rice berserta minuman secara percuma kepada 100 orang pelanggan pertama SugarBun yang mendaftarkan diri mereka di www.sugarbunbrunei.com/register/.

    Di samping itu, pihak SugarBun Brunei juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Times Square Management atas sokongan mereka dan Qistory Stage yang telah menghasilkan laman sesawang berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda