Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    SugarBun buka cawangan ke-10

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Francais makanan dan minuman SugarBun telah membuka cawangannya yang ke-10 di negara ini di Union Square, Kampung Salar dengan majlis pelancarannya berlangsung hari ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Satami, Chan Fui Meng dalam ucapannya melahirkan perasaan terima kasih atas sokongan berterusan yang telah membawa kepada kejayaan SugarBun.

    Cawangan terbaharu itu mengetengahkan reka bentuk baharu dan minimalis dengan warna-warna ceria dalam suasana yang selesa.

    Dengan pelancaran cawangan baharu itu, beberapa aktiviti media sosial turut diadakan.

    Pezzo dan MyKopitiam yang berada di bawah kumpulan syarikat yang sama turut membuka cawangan di Union Square.

    MyKopitiam di Union Square turut memperkenalkan tiga minuman istimewa baharu termasuk kacang soya campur ais dengan jeli kopi, kacang soya campur ais dengan cendol dan kacang soya campur ais dengan kacang merah.

    Suasana kedai makan cawangan baharu SugarBun yang dibuka. – Gambar oleh Bahyiah Bakir
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...