Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukan SEA 2025: Boling padang tidak dipertandingkan

    KUALA LUMPUR, 30 OKT – Sukan boling padang yang menjadi lubuk emas Malaysia, disahkan tidak akan dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025.

    Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang diadakan di Thailand pada 25 Oktober.

    Beliau berkata pihaknya kecewa dengan keputusan itu memandangkan Thailand mempunyai kemudahan yang baik apabila pernah menganjurkan Kejohanan Boling Padang Asia di Pattaya, Mac lepas.

    “Kami sudah berusaha sedaya upaya untuk memastikan boling padang dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025 yang juga mendapat sokongan daripada beberapa negara lain.

    “Walau bagaimanapun, apabila dibentangkan dalam mesyuarat 25 Oktober, Thailand menyatakan mereka tidak bersedia jadi tuan rumah acara boling padang.

    “Kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka adalah tuan rumah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Kali terakhir boling padang dipertandingkan adalah pada temasya Sukan SEA ketika edisi 2019 di Filipina– Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda