Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Sukan SEA ke-32 buka tirai

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32, 2023 yang telah diadakan di Morodok Techo National Stadium, Phnom Penh hari ini. 

    Awang Mohd Ali Saifullah bin Haji Mohd Suhaimi dari sukan pencak silat diberikan penghormatan sebagai pemegang bendera Negara Brunei Darussalam bagi acara barisan lalu kontinjen-kontinjen negara semasa upacara Majlis Pembukaan Rasmi Sukan SEA ke-32. 

    Seramai 10,966 orang delegasi yang terdiri daripada 8,129 orang atlet dan 2,837 orang pegawai dari 11 negara Asia Tenggara menyertai temasya sukan tersebut.

    Upacara Pembukaan Rasmi Sukan SEA ke-32 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri negara Kemboja, Samdech Techo Hun Sen. Sementara itu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja (CNOC), Tuan Yang Terutama Dr Thong Khon selaku Pengerusi Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dan seterusnya ucapan alu-aluan kedua oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kemboja (CAMSOC), Samdech Pichey Sena Tea Banh.

    Pemangku Pengarah Pem-bangunan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Zainab binti Haji Morshidi selaku Chef de Mission mengetuai kontinjen Negara Brunei Darussalam se-ramai 100 orang yang terdiri daripada 35 pegawai urus setia, jurulatih, pegawai perubatan, dan 65 atlet daripada 12 sukan.

    Upacara tersebut dimeriahkan dengan Parade of Nations 11 negara Asia Tenggara dan persembahan yang menampilkan budaya dan masyarakat Kemboja dengan bertemakan Sports Live in Peace yang juga memberi makna The Kingdom will Win the Hearts of People of Cambodia by Inspiring Confidence and Hope through its Comitment in Ensuring Peace and Galvani-zing Support for Our Sporting Heroes in Giving Their Very Best.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Rasmi Sukan SEA ke-32 di Phnom Penh, Kemboja.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...