Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sukma Indera johan bola jaring KKBS

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Rumah Sukma Indera muncul sebagai johan dalam Kejohanan Akhir Bola Jaring antara Rumah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas, kelmarin.

    Sementara itu, naib johan ialah Bunga Putar dan tempat ketiga ialah Silubang Bangsi. Lima buah pasukan rumah yang terdiri daripada warga KKBS berentap untuk merebut pingat emas, perak dan gangsa pada kejohanan tersebut.

    Antaranya pasukan rumah Silubang Bangsi, Sukma Indera, Liputan Madu, Bunga Putar dan Arap Gagati.

    Di samping memupuk semangat kekeluargaan melalui acara sukan, penganjuran kejohanan tersebut diharap dapat menyatupadukan semua pegawai dan kakitangan dengan satu tujuan iaitu untuk memperoleh kejayaan.

    Oleh itu, melalui perlawanan berkenaan, ia diharap akan menarik minat warga KKBS dalam permainan bola jaring dan seterusnya mencungkil bakat pemain bagi mewakili sukan kementerian-kementerian pada masa akan datang.

    Rumah Sukma Indera muncul juara bagi kejohanan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KKBS

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...