Wednesday, April 23, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suku penduduk berdepan krisis air

    WASHINGTON, 6 OGOS – Hampir suku penduduk dunia yang tinggal di 17 buah negara berdepan krisis air sangat tinggi, dekat dengan keadaan ‘hari sifar’ (day zero) apabila berlaku gangguan air, menurut laporan yang dikeluarkan hari ini.

    Atlas Risiko Air Akueduk, Institut Sumber Dunia menggambarkan krisis air, risiko kemarau dan banjir menggunakan metodologi kajian semula yang teliti.

    “Pertanian, industri dan perbandaran menggunakan kira-kira 80 peratus air di permukaan dan bawah tanah yang ada dalam purata setahun’ di 17 buah negara yang paling teruk terjejas, kata WRI.

    “Apabila permintaan menyaingi bekalan, malah kekeringan sedikit saja sudah mengejutkan – yang dijangka akan bertambah akibat perubahan cuaca – boleh mencetuskan akibat teruk’ seperti kemelut baru-baru ini di Cape Town, Sao Paulo dan Chennai.

    Qatar, Israel, Lubnan, Iran, Jordan, Libya, Kuwait, Arab Saudi, Eritrea, UAE, San Marino, Bahrain, India, Pakistan, Turkmenistan, Oman and Botswana terdiri daripada 17 negara teratas.

    “Tekanan air merupakan krisis terbesar yang tiada sesiapa bercakap tentangnya. Akibat-akibatnya jelas nampak dalam bentuk ketidakselamatan makanan, konflik dan migrasi serta ketidakstabilan kewangan,” kata Andrew Steer, Ketua Pegawai Eksekutif WRI.

    Sebanyak 27 buah negara lagi yang termasuk dalam senarai ‘dasar tinggi tekanan air’ dan senarai penuh boleh diperolehi di laman https://www.wri.org/our-work/project/aqueduct/.

    Timur Tengah dan Afrika Utara adalah rumah kepada 12 negara paling teruk dilanda krisis air sementara India, yang berada di kedudukan 13, mempunyai lebih tiga kali ganda penduduk dari 16 negara lainnya dalam kategori yang digabungkan. – AFP

    Peta menunjukkan paras krisis air mengikut negara, menurut atlas Institut Sumber Dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda