Wednesday, September 25, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sule bagi amaran individu fitnah Mahalini curang

    Bapa mentua kepada penyanyi Mahalini, pelawak Sule memberi amaran keras terhadap individu yang menyebar fitnah mendakwa menantunya itu bersikap curang dengan rakan sekerja.

    Menyifatkan tuduhan dilemparkan tidak berasas, Sule yakin kebenaran akan berpihak kepada Mahalini.

    “Tolong ya buat orang yang menyebar fitnah, saya minta kamu hati-hati sebelum terjadi sesuatu kepada kamu.

    “Kamu tak akan menang kerana tiada bukti yang kuat,” katanya.

    Dalam pada itu, menurut kenyataan mStar, Sule turut menyokong penuh tindakan Mahalini membuat laporan polis terhadap individu berkenaan.

    Jelasnya, fitnah yang disebarkan sudah melampaui batas serta mencemarkan reputasi keluarganya.

    “Kami sudah banyak bersabar, tapi kalau masih nak mengganggu silakan.

    “Orang yang dengki dan cuba jatuhkan keluarga saya, teruskanlah. Nanti mereka yang akan jatuh sendiri,” jelasnya. – Agensi

    Sule (kanan) menyokong tindakan Mahalini membuat laporan polis terhadap pemfitnah berkenaan. – Indopop
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda