Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Sule sambut dingin salam Jeffry Reksa

    Pelawak Sule didakwa bersikap pilih kasih di antara dua bakal menantunya ketika mereka datang menyambut hari raya bersama 1 Syawal lalu.

    Menurut mStar yang memetik foto dan video yang tular di media sosial, Sule hanya memberi pelukan kepada teman wanita Rizky Febian iaitu Mahalini ketika penyanyi itu bersalaman dengannya.

    Manakala, Sule hanya memberikan reaksi biasa dan tidak memeluk teman lelaki anak perempuannya, Puteri Delina iaitu pelakon Jeffry Reksa.

    Menerusi video berkenaan, Jeffry dilihat bersungguh-sungguh melutut di hadapan Sule namun pelawak itu hanya menyambut salam dihulurkan tanpa pelukan.

    Apa yang membuatkan warganet bengang, Sule turut meminta maaf kepada Mahalini malah mengalu-alukan kedatangannya sebagai bakal menantu keluarga mereka.

    Mahalini dan Jeffry meraikan Aidilfitri bersama keluarga Sule. – mStar

    “Kalau ada salah silap yang disengajakan, mohon dimaafkan.

    “Tak lama lagi Lini (panggilan Mahalini) akan menjadi keluarga kita, ayah (panggilan Sule) berharap Rizky dapat membimbing kamu ke arah yang positif,” kata Sule.

    Perkongsian video tersebut menerima pelbagai reaksi warganet dan ada yang menganggap Sule bersikap pilih kasih terhadap pasangan anak-anaknya itu.

    “Jeffry tidak dapat pelukan dan ciuman. Baju kekasih Putri juga sudah sedondon dengan mereka.

    “Sule memang pilih kasih, Mahalini dipeluk tetapi Jeffry tidak,” tulis warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...