Thursday, March 13, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan terus ceriakan anak-anak yatim

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Kesejahteraan anak-anak yatim terus mendapat perhatian pelbagai pihak dalam menggembirakan mereka agar mereka tidak merasa terpinggir, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia dan penuh berkat ini.

    Seramai 16 orang anak yatim di Kawasan 2, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor, Mentiri, kelmarin, telah menerima sumbangan mereka daripada CoffeeField Cafe&Resto dalam acara bersungkai.

    Di majlis itu, Pengarah Urusan CoffeeField, Haji Abdul Rahman bin Ali turut menyampaikan sampul kepada anak-anak yatim yang diraikan di majlis tersebut. Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Panchor, Mentiri, Haji Awang Mohd Eddie Hardey bin Haji Awang Ibrahim dan beberapa orang ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2.

    Majlis itu adalah bagi sama-sama memeduli kebajikan dan kesejahteraan anak-anak daripada golongan yang memerlukan dan anak yatim di negara ini.

    Haji Abdul Rahman dan Haji Awang Mohd Eddie Hardey bergambar ramai bersama anak-anak yatim Kawasan 2, RPN Kampung Panchor, Mentiri. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda