Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Sung Hyuk bakal berkahwin

Sung Hyuk telah membuat pengumuman berkaitan pertunangannya menerusi Instagram.

Dalam pengumuman tersebut, Sung Hyuk yang pernah membintangi drama bersiri Please Marry Me, memberitahu, dia bakal memulakan kehidupan baharunya.

“Apa khabar semua. Saya bercadang untuk memulakan kehidupan baharu. Saya telah bertemu dengan seseorang yang istimewa dan kami telah mengambil keputusan untuk hidup bersama kerana kami saling memberikan kekuatan antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, sumber daripada syarikat pengurusannya, FNC Entertainment memberitahu bahawa aktor ini akan mengahwini seseorang yang bukan bergelar selebriti pada 21 Oktober ini. – Agensi

FNC Entertainment memberitahu bahawa Sung Hyuk akan mengahwini seseorang yang bukan bergelar selebriti pada 21 Oktober ini. – Agensi
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda