Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sup jagung isi ketam, ayam

    Bahan-bahan

    – 4 tin jagung (biji)

    – 2 tin jagung (hancur)

    – 4 kotak isi ketam, dipotong bulat atau memanjang

    – Sedikit isi ayam, dihiris nipis dan dipotong dadu

    – Sedikit lobak merah, dihiris nipis dan dipotong dadu

    – Sedikit lada hitam, ditumbuk hancur

    – 4 ketul kiub ayam

    – 1 biji bawang merah besar, dihiris nipis dan dicincang halus

    – Sedikit kanji atau tepung jagung

    – 8 biji telur

    – Serbuk perasa (garam dan gula)

    (Cukup untuk 50 orang)

    Cara memasak

    1. Panaskan periuk tumiskan bawang besar yang dicincang halus.

    2. Letakkan lada hitam yang ditumbuk hancur tadi.

    3. Masukkan isi ayam dan masak sementara.

    4. Tambahkan air sehingga separuh daripada periuk dan biarkan mendidih.

    5. Masukkan kiub ayam.

    6. Masukkan jagung biji dan jagung hancur, kacau rata.

    7. Masukkan lobak merah.

    8. Biarkan mendidih dan tambah air lagi sehingga hampir memenuhi periuk.

    9. Masukkan isi ketam dan kacau rata.

    10. Letakkan garam dan gula secukup rasa

    11. Kecilkan api, adukkan lapan biji telur tadi dan masukkan sedikit demi sedikit sambil kacau.

    12. Bancuh sedikit kanji atau tepung jagung dengan air dan masukkan untuk memekatkan kuah.

    13. Panaskan sebentar sehinga sebati.

    14. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

    Sup tom yam

    Bahan-bahan

    – 1 liter air

    – 2 kiub kiub tom yam maggi

    – 150 gram udang, dibersihkan

    – 200 gram sotong, dibersihkan dan dihiris tiga keping daun limau purut

    – 1 batang serai

    – 5 biji cili padi, ditumbuk

    – 1 biji bawang merah, dipotong kecil.

    – 50 gram batang saderi, dihiris

    – 50 gram lobak merah, dihiris nipis

    – 100 gram kobis bunga, dipotong kecil

    – 2 biji tomato, dipotong kecil.

    Cara memasak

    1. Masukkan 1 liter air bersama kiub tom yam maggi, udang, sotong, daun limau purut dan juga serai.

    2. Biarkan mendidih selama 10 minit.

    3. Perlahankan api, masukkan bersama cili padi, bawang merah, batang saderi, lobak merah dan kobis bunga.

    4. Akhir sekali masukkan tomato kerana ia mudah masak.

    5. Reneh selama 10 minit dan hidangkan sementara ia masih panas.

    6. Terbaik hidangkan bersama nasi panas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda