Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam telah memeriahkan bulan Syawal dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di premisnya di Kampung Tanah Jambu, pada 1 Syawal.
Sambutan Hari Raya tersebut dihadiri oleh masyarakat dari Bangladesh, Brunei, India dan Malaysia.
Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona yang juga menyambut para tetamu jemputan dan berbalas salam Aidilfitri dengan mereka yang hadir.
Acara tersebut juga dihiasi dengan pelbagai hidangan lazat yang disajikan untuk semua tetamu yang hadir.
Dalam ucapannya, PYT Nahida Rahman Shumona berterima kasih kepada semua yang hadir untuk menyertai sambutan tersebut.
Beliau juga mengharapkan agar warga Bangladesh terus bekerja keras untuk merealisasikan impian Bangabandhu tentang Shonar Bangla dan wawasan Perdana Menteri iaitu Smart Bangladesh 2041.
Selain itu, Puan Yang Terutama juga mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.





