Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Suspek lelaki kes tembakan ditahan

    SYDNEY, 28 FEB – Seorang suspek lelaki telah ditahan di Sydney, Australia, hari ini selepas kejadian tembakan di daerah pusat perniagaan bandar itu telah menyebabkan seorang cedera.

    Menurut kenyataan Pasukan Polis NSW, kira-kira jam 12:50 tengah hari waktu tempatan, perkhidmatan kecemasan dipanggil ke sebuah bangunan di Jalan Castlereagh di tengah Sydney, berikutan laporan seorang individu telah ditembak.

    Pegawai menemui seorang lelaki di tempat kejadian, yang dipercayai mengalami luka tembakan.

    “Lelaki itu sedang dirawat oleh paramedik ambulan New South Wales (NSW) dan responden pertama,” kata pihak berkuasa, tanpa mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaannya.

    Memandangkan kejadian jenayah yang berlaku di pusat bandar itu, orang ramai telah dinasihatkan untuk mengelak kawasan tersebut bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan keluar dan masuk.

    “Seorang lelaki telah ditangkap dan tiada lagi ancaman berterusan kepada masyarakat,” polis mengesahkan dalam kenyataan itu. – Xinhua

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...