SEPANG, 24 Feb – Seorang daripada dua wanita asing yang ditahan reman mengalami muntah-muntah dipercayai akibat terkena bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan lelaki warga Korea Utara, Kim Jong-nam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan salah seorang wanita berkenaan mengalami muntah tetapi tidak memberitahu identiti suspek yang ditahan dalam kes pembunuhan 13 Feb itu. Sebelum ini, beliau berkata laporan analisis awal Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia ‘Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphonothiolate atau Agen Saraf VX digunakan dalam pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara itu. – Bernama