Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – TCY Motors selaku pengedar kenderaan jenama Dongfeng Sokon (DFSK) di Brunei telah mengadakan sesi uji pandu SUV DFSK Glory 560 yang baharu.
SUV DFSK adalah model pertama yang dibawa masuk ke Brunei dan ia merupakan usaha sama Dongfeng Motor (berada di tempat ke-82 tahun lalu dalam Fortune Global 500) dan Sokon Group.
Prestasi DFSK Glory 560 sememangnya memberikan kepuasan kepada pemandu yang menginginkan kenderaan yang cukup luas.
Glory 560 dikuasakan enjin 1.5 liter Turbocharge yang mampu menghasilkan 150PS pada 5,600rpm dan 230Nm pada 1,800 hingga 4,000rpm.
Model ini dilengkapi dengan skrin sesentuh 8 inci dan memiliki fungsi seperti radio, bluetooth, navigasi, GPS dan sensor parkir belakang. Teknologi moden juga tersedia dengan penerapan smart button iaitu one-push start button.
DFSK buatan Republik China dan diproses di Indonesia berjaya menghasilkan kenderaan berkualiti yang dapat menyaingi jenama kenderaan terkenal.
