Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Suwannapura ungguli pusingan pertama

    KUALA LUMPUR, 26 OKT – Jasmine Suwannapura dari Thailand mencatat tujuh birdie dan satu eagle dalam pukulan 9-bawah 63 hari ini untuk mendahului pusingan pertama pada Kejohanan Maybank LPGA di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC).

    Pemenang Kejohanan PGA 2019 dari Australia, Hannah Green ketinggalan di belakang selepas membuat 64 pukulan. Rakan senegaranya, Grace Kim serta Rose Zhang dan Gina Kim dari Amerika Syarikat adalah antara pemain-pemain yang ketinggalan dua pukulan di belakang dan berkongsi tempat ketiga selepas mencatatkan 65 pukulan.

    Emily Kristine Pedersen dari Norway dan Gaby Lopez dari Mexico adalah antara pemain yang mencatatkan 66 pukulan, ketinggalan tiga pukulan dalam kejohanan yang diadakan buat kali pertama di Malaysia.

    Permainan terpaksa dihentikan pada lewat hari itu disebabkan ribut. Kira-kira 25 pemain, tiada seorang pun yang mengancam untuk mendahului, terpaksa menghentikan pusingan mereka.

    Ini merupakan acara ketiga daripada empat acara LPGA dalam jelajah itu di Asia. Minjee Lee dari Australia memenangi perlawanan di Korea Selatan minggu lepas dalam playoff.

    Kejohanan terakhir iaitu Toto Classic akan diadakan minggu depan di Jepun. Lee tidak bermain dalam acara ini di Malaysia. – AP

    Suwannapura ketika beraksi pada Kejohanan Golf Maybank 2023 yang berlangsung di KLGCC, Bukit Kiara kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...