Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘Raja pelarian’ Perancis dijatuhkan hukuman penjara tambahan 14 tahun

    PARIS, 26 OKT – Seorang penjenayah yang menggambarkan dirinya sebagai ‘penagih kebebasan’ yang melarikan diri dari penjara Perancis dengan menggunakan helikopter yang dirampas dijatuhi hukuman penjara tambahan 14 tahun hari ini.

    Redoine Faid, yang mempunyai banyak sabitan atas kesalahan rompakan bersenjata, telah dibebaskan dari penjara di Reau, 50 kilometer di tenggara Paris pada 2018.

    Lelaki berusia 51 tahun tersebut, yang ditahan selepas tiga bulan melarikan diri, telah dibicarakan bulan lalu. Semalam, Mahkamah Assize di ibu negara penuh dengan lebih daripada 100 anggota awam.

    Dia tersenyum semasa tiba di tempat kandang tertuduh dan memakai baju sejuk biru. Faid bergurau dengan beberapa orang daripada 11 defendan bersamanya, antara yang tertuduh itu termasuk juga abangnya yang berusia 65 tahun, Rachid, yang disambut dengan ciuman.

    Hukuman penjara selama 14 tahun yang diberikan oleh hakim lebih ringan daripada 22 tahun yang diminta oleh pendakwa.

    Gambar AFP

    Disebabkan hukuman sebelum itu kerana rompakan dan melarikan diri dari penjara akan berakhir pada tahun 2046, maka kini dia akan berada di dalam penjara sehingga tahun 2060.

    Rachid Faid, yang mengambil seorang juruterbang helikopter sebagai tebusan dan memaksa juruterbang tersebut mendarat di hadapan bilik lawatan penjara Reau, dikenakan hukuman 10 tahun.

    Abang ketiga, Brahim, 63 tahun, yang berada di dalam bilik lawatan bersama Redoine pada waktu itu, bersumpah semasa perbicaraan tujuh minggu bahawa dia tidak mengetahui mengenai rancangan tersebut.

    Pendakwa percaya kepadanya dan meminta pembebasannya. Mahkamah tidak bersetuju dan menghukumnya dengan hukuman penjara selama setahun.

    Tiga anak buah Redoine Faid, yang membantunya semasa pelariannya masing-masing dihukum hukuman penjara selama dua, enam dan lapan tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...