Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Swiatek bakal bertemu Rybanika

    DOHA, 13 FEB – Juara Terbuka Qatar tiga kali berturut-turut, Iga Swiatek, berjaya menewaskan pemain muda Czech, Linda Noskova kelmarin untuk menetapkan pertemuan suku akhir dengan naib juara tahun lalu, Elena Rybakina.

    Swiatek tewas satu set di Doha buat pertama kali sejak 2022 – menamatkan rekod 25 kemenangan berturut-turut – namun bangkit untuk mara dengan keputusan 6-7 (1/7), 6-4, 6-4 dan melanjutkan kemenangan berturut-turutnya di kejohanan itu kepada 14 perlawanan.

    Juara lima kali Grand Slam itu akan bertemu pemenang Wimbledon 2022, Rybakina hari ini untuk menempah slot di separuh akhir. Swiatek menewaskan Rybakina dalam dua set di final 12 bulan lalu.

    “Saya rasa Linda bermain dengan luar biasa, dan sememangnya dia tidak memberikan peluang saya,” kata Swiatek yang mengakui dia berdepan cabaran sukar bertemu Rybakina.

    “Dia suka bermain di sini, dia pernah beraksi di final di sini tahun lepas dan tahun lepas juga sukar. Jadi saya akan bersedia untuk aksi yang sengit, bola rendah dan servis yang baik.”

    Iga Swiatek mengembalikan bola kepada Linda Noskova dari Republik Czech semasa perlawanan di Terbuka Qatar WTA 2025 di Kompleks Tenis Antarabangsa Khalifa di Doha pada 12 Februari. – AFP

    Dominasi Swiatek di Qatar kelihatan terancam apabila Noskova yang berusia 20 tahun, menguasai pematah seri set pertama setelah gagal memanfaatkan lima peluang mata penamat.

    Swiatek, yang tidak memenangi sebarang gelaran sejak Terbuka Perancis pada Jun, berjaya mendahului 3-2 pada set kedua. Noskova segera bangkit, tetapi pemain pilihan kedua itu bertindak balas untuk mengembalikan kelebihan.

    Noskova mencatat mata penamat ketika Swiatek menghidupkan peluang untuk set tersebut tetapi Swiatek tetap tenang untuk memaksa permainan ke set penentu.

    Swiatek memenangi dua permainan pertama dalam set final sebelum Noskova memenangi tiga pusingan untuk mendahului 3-2 dan pemain Poland itu hampir kehilangan momentum dalam permainan kelapan.

    Namun, daripada keputusan 0-30 pada servisnya, dia berjaya meraih enam mata berturut-turut untuk mengekalkan servis dan seterusnya meraih mata penamat penting dengan pukulan depan.

    Swiatek mengesahkan kemenangan pada permainan berikutnya meskipun meraih mata yang kurang daripada Noskova secara keseluruhan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda