Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Swiatek dapat inspirasi Nadal

    MADRID, 5 MEI – Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek telah melalui ‘final paling sengit’ yang pernah ditandinginya untuk membalas dendam kekalahannya kepada Aryna Sabalenka pada final Madrid tahun lalu dengan kemenangan yang melelahkan selama tiga jam 11 minit di ibu negara Sepanyol itu kelmarin.

    Bangkit daripada ketinggalan 1-3 dalam set penentu dan menyelamatkan tiga mata perlawanan secara keseluruhan, Swiatek meraih kemenangan 7-5, 4-6, 7-6 (9/7) untuk menjulang trofi Terbuka Madrid buat kali pertama.

    “Baiklah, siapa lagi yang akan mengatakan sekarang bahawa tenis wanita itu membosankan?” kata Swiatek.

    Swiatek, yang merangkul gelaran ke-20 dalam kariernya, dan yang kesembilan di peringkat WTA 1000, kini telah memenangi lapan final terakhir berturut-turut dan menyertai Elena Rybakina dengan 30 kemenangan terbanyak dalam jelajah musim ini.

    Pemain berusia 22 tahun dari Poland itu mengaku dia berasa gementar dalam dua jam pertama pertandingan tetapi menerima inspirasi daripada Rafael Nadal, dan keupayaannya untuk meningkatkan mental ketika saat genting.

    “Saya terkejut bahawa pada set ketiga saya berasa paling baik dari segi mental,” kata Swiatek, yang meningkatkan rekod seumur hidupnya kepada 7-3 menentang juara Madrid dua kali, Sabalenka.

    “Satu perkara yang terlintas di fikiran saya ialah saya rasa Rafa pernah mengalami beberapa perlawanan seperti itu.

    “Saya masih ingat dengan jelas ketika dia bermain menentang (Daniil) Medvedev di Australia (final Terbuka Australia pada 2022) dan semuanya menjadi lebih baik untuknya. Dia juga bergelut untuk seketika waktu, dia tegang dan saya rasa tertekan. Perkara itu memberikan saya harapan bahawa mungkin semuanya akan menjadi lebih baik, walaupun selepas dua jam.” – AFP

    Aksi Swiatek semasa menentang Sabalenka pada final kejohanan tenis Terbuka Mutua Madrid di Madrid, Sepanyol, 4 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...