Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Syafiq dan Mimi tetap berkawan baik

    “Mereka masih berkawan,” demikian kenyataan pengurus Syafiq Kyle dan Mimi Lana iaitu Iman Tang berhubung dakwaan pasangan pelakon itu masih bersama.

    Iman berkata, Syafiq dan Mimi masih menjalinkan hubungan baik meskipun mereka memilih membatalkan majlis pernikahan yang direncanakan berlangsung pada 18 Ogos tahun lalu.

    “Walaupun tak jadi kahwin, ia tidak bermakna mereka bermusuh atau bergaduh. Ini adalah kebenaran sebab saya ada bersama ketika kejadian tempoh hari.

    “Memang tiada masalah, malah hingga hari ini mereka masih berkawan. Macam hari ini mereka baru sahaja selesai sesi fotografi untuk mempromosikan baju Melayu dan baju kurung untuk satu jenama tempatan,” katanya kepada BH Online.

    Menurut Iman, sebagai pengurus, dia terbuka sekiranya Syafiq dan Mimi kembali bersama, namun mereka sedang sibuk dan fokus dengan kerja.

    “Ya sudah tentu saya mengalu-alukan, lagipun ia untuk kebaikan dan mendirikan masjid adalah perkara baik dalam Islam.

    “Saya banyak kali makan malam bersama mereka, tapi tak pernah bertanya mengenai hala tuju hubungan dengan lebih mendalam. Ini kerana mereka sedang sibuk sekarang ini.

    “Bagi saya, biar mereka fokus dengan kerja dahulu. Mungkin dalam kesibukan bekerja ada bibit cinta dan perasaan untuk kembali bersama,” katanya.

    Iman berharap agar pasangan ini dapat memaklumkan hubungan mereka lebih awal sekiranya ada berita baik mahu dikongsikan.

    “Saya berharap sekiranya kembali bersama, Syafiq dan Mimi beritahu saya lebih awal sebab sebelum ini, saya hanyalah jemputan. Saya tidak tahu apa-apa,” katanya.

    Mimi dan Syafiq sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos tahun lalu dalam majlis pernikahan yang dirancang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

    Bagaimanapun, tetamu mendapat kiriman e-mel memaklumkan majlis perkahwinan mereka dibatalkan pada 11 Ogos tahun lalu.- Agensi

    Meskipun hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian namun Syafiq dan Mimi tetap berkawan.- mStar

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...