Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Syamsul mohon jadi ‘pencelah’ antara Puteri Sarah dan Ira

    Pengarah Syamsul Yusof (gambar-Agensi) memfailkan permohonan di mahkamah di sini, untuk mencelah dalam petisyen perintah injunksi antara isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, 38, dan isteri kedua, Faghira Fatini atau Ira Kazar, 27.

    Permohonan difailkan menerusi peguam Azahir Nasir dari Tetuan Azahir Surianie & Azizan Ariff yang mewakili pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada 21 Februari lalu.

    Dalam afidavit sokongan itu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul, 39, mendakwa dinasihatkan peguam supaya mencelah dan dijadikan defendan dalam kes tuntutan dikemukakan Puteri Sarah kepada Ira.

    Menurutnya, tuntutan Puteri Sarah ke atas Ira adalah berkaitan dengan dirinya dan jika tuntutan dibenarkan akan memberi kesan kepada perkahwinan dan hubungan dengan keluarga Ira.

    Menerusi afidavit sama, Syamsul mendakwa perintah injunksi itu tidak boleh menghalang hubungan perkahwinan dengan Ira.

    Syamsul mendakwa permohonan [perlu difailkan kerana keterangannya boleh memberi pencerahan kepada mahkamah bagi menghalang perintah injunksi daripada dikuatkuasakan terhadap isteri keduanya. – Agensi

    Dalam masa sama, Syamsul mendakwa permohonan perlu difailkan kerana keterangannya boleh memberi pencerahan kepada mahkamah bagi menghalang perintah injunksi daripada dikuatkuasakan.

    Ia berikutan Syamsul dan Ira sudah berkahwin serta menjaga keharmonian perkahwinan dengan kedua-dua isterinya.

    Terdahulu, Ira, bapa dan kakaknya perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan pada Julai tahun lalu.

    Ia susulan keputusan mahkamah membenarkan permohonan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.

    Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai tahun lalu antara lain menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suami.

    Ira juga dihalang mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suami atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...